Pages

Friday, March 20, 2009

Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009


Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2009 (PPMN 2009) bertemakan “Perjuangan Penulis Muda: Arah dan Cabaran”.

Tarikh: 17 hingga 19 April 2009
Tempat: Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka
Yuran: RM 30
Syarat: Penulis berusia bawah 40 tahun
Anjuran: Biro Penulis Muda, PENA
Antara matlamat PPMN 2009 ini untuk mengintrospeksi perjuangan penulis muda hari ini setelah negara melalui cabaran 50 tahun mengekalkan kemerdekaan negara. Selain daripada pembentangan kertas kerja, PPMN 2009 ini membuka ruang diskusi penulis muda mapan dan baru.
Pendaftaran boleh dibuat melalui persatuan penulis yang dianggotai, atau mendaftar secara persendirian.
Borang pendaftaran hendaklah tiba ke meja urus setia sebelum 8 April 2009.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi
Saifullizan Yahaya (03-2148 2480 - saif@dbp.gov.my),
Wan Zaida Hj. Wan Yussof (013-691 5266 – nuhamelissa@yahoo.com),
atau
Muhammad Lufti Ishak (013-2650 876).

No comments: